Thursday, February 24, 2005
tabahkanlah hatimu demi anak-anak kecil itu..
tabahkanlah hatimu demi ibu dan bapamu..
tabahkanlah hatimu dengan dugaan yang besar ini
walaupun tidak ditempatku..
sudah cukup kesedihannya..
Untuk aku rasainya
kerana aku juga seorang adik kepada kakak..
kerana aku juga seorang ibu sedara tempat bermanja anak-anak kakak..
walaupun aku jauh untuk memberi satu pelukan semangat
walaupun aku boleh berkata' sabarlah ..aku faham perasan engkau..'
tapi hakikatnya sejauh mana aku boleh faham kerana aku tidak berada ditempatmu...
Allah lebih menyayangi dia..
semoga dia bersama- sama orang yang soleh...
satu hari kita juga begitu..
dan semoga apabila itu berlaku..masih ada insan lain juga yang terasa kehilangan kita...
al- fatihah
Posted at Thursday, February 24, 2005 by sunetcute
Permalink
Tajuk :NAFKAH BATIN: BUKAN HANYA KEPERLUAN SEKS
Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita ingin mencari lalaki yang berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt.
Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan untuk mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan guru sahaja.
Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan tanggungjawabnya di dalam memberi nafkah zahir
(seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) kepada ahli keluarganya. Tetapi bagaimana pula dengan tuntutan nafkah batin? Rata-rata masyarakat sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu.
Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah di dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai bersembahyang, tidak pandai mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan tidak tahu hukum halal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar tanpa asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya.
Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud:
"Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya."
Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan solehah. Barangsiapa yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini bererti dia telah menempah jalan ke neraka. Nabi saw pernah bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud:
"Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli keluarganya."
Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami kepada ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak isterinya ilmu-ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fekah dan tasauf. tujuan mempelajari ilmu tauhid supaya aqidah mereka bertepatan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah. Contohnya, mempelajari sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Mempercayai rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam.
Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah menerusi firmannya bermaksud:
"Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan isterinya
(dan mengingatkannya dengan nada yang lembut) dan menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum bersuci, haid dan ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat)."
Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas dan berwuduk serta masalah haid, nifas dan wiladah. Juga mengenai cara-cara menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk dibuat bersuci, hukum halal dan haram serta banyak lagi.
Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang dilaksanakan itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat riyak, ujub (hairan kepada diri sendiri) sombong dan lain-lain lagi.
Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga bertanggungjawab mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan terhadap anak-anak, ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada, rakan-rakan, jiran tetangga serta masyarakat.
Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakannya. Juga tentang akhlak semasa bersama anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa yang baik dan jangan suka memaki-hamun mereka dengan bahasa yang kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi doa; jika tercetus dari mulut ibu kata-kata seumpama "Beruk punya anak1" maka lahirlah watak beruk pada si anak yang sukar untuk dilentur perangainya.
Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika berhadapan dengan ibubapa dan mertuanya. Memuliakan keluarga suami lebih daripada yang lain. Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika ia suka mengumpat, berleter atau memfitnah jiran tetangganya. Ingatkan isteri supaya jangan suka menceritakan keburukan dan kelemahan suami kepada orang lain.
Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala ujian dan perintah-perintah Allah swt. Ajarkannya batas-batas aurat dan batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal ketika pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan, dan ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhramnya. Dan supaya isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.
Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang patuh kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun senang. Dia akan menjadi insan yang sentiasa menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa mendoakan keselamatan ke atas suaminya pada setiap waktu.
Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak mampu untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha mencari guru yang mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli keluarganya terselamat daripada seksa di akhirat kelak.
Ibnu Abbas pernah berkata: :Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka."
Posted at Thursday, February 24, 2005 by sunetcute
Permalink
KHAMIS, 24 FEB, BERITA HRIAN
Saiz payu dara tentukan perwatakan
ROME: Seorang penyelidik Itali mendakwa beliau dapat mengetahui perangai seseorang wanita menerusi bentuk dan saiz payu daranya.
Akhbar Jerman, Bild, melaporkan pakar seksologi, Piero Lorenzoni berkata bentuk payu dara seseorang wanita menggambarkan karektor dirinya.
Beliau mengkategorikan bentuk payu dara kepada buah-buahan dan menyatakan lelaki boleh membuat carta horoskop masing-masing bagi mendapatkan bayangan mengenai tingkah laku seseorang wanita.
Carta buah-buahan itu bermula dengan bentuk semula jadi seperti tembikai. Menurut Lorenzoni, wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh.
“Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama,” katanya.
Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara.
“Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan,” katanya.
Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik.
“Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya,” kata pakar itu.
Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau gedang yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik.
“Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan serta sering mahu terperuk di rumah.
“Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks,” kata Lorenzoni.
Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks manakala wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.
Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama tetapi kebanyakan wanita seperti ini juga didapati kerap menduakan suami.
SUNET: saje je..yang penting pilihlah buah-buahan tempatan kerana terjamin kesegarannya ..bukan dari thai yang banyak bahan pengawet..atau buah dalam tin dari negera china...atau buah anggur yang kecil dan masam dari australia...atau buah epal New Zealand yang pejal tapi sebenarnya banyak chemical kerana dipetik semasa muda sebelum dieksport....chioooowwww
Posted at Thursday, February 24, 2005 by sunetcute
Permalink
Tuesday, February 22, 2005
Malam tadi tido tak lena..rasa nak cepat2 siang..bukan apa balik petang semalam selepas main bola tampar baru perasan handphone tertinggal kat opis..inilah tabiat paling buruk sunet..kadang tertinggal kat umah terlupa nak bawak gi opis..dah bawak gi opis tertinggal kat opis pulak..sape yang susah..otai jugak...
sebelum pukul 7 pagi dah sampai kat opis..masa nak bukak pintu pun dah dengar handphone tu menyanyi2 minta diangkat..tapi tak sempat..tengok ada 17 misscall dari seorang pemanggil setia..alahai..semua dari otai..sunet call balik tapi suara dia tak ghairah seperti selalu..hmm..memang patut kena marah...ye la..dalam situasi sunet yang duduk sorang2 kat umah sekarang ..memang la dia risau...ampun...ya ampun...nak janji tak buat kagi tak leh pulak..takut terbuat lagi..tapi sunet akan berusaha..supaya tidak meninggalkan handphone tu.....
abang..asu minta ampun sebab buat abang risau...
gossip: ada berita gembira dari pasangan 'kami'...ala kami..takkan kami nak cakap direct...tahniah..tahniah..
Posted at Tuesday, February 22, 2005 by sunetcute
Permalink
Saturday, February 19, 2005
Hello..selamat pagi dunia...
Semoga sihat selalu..kepada yang cirit birit..cepat2 la cari ubat sebelum bertambah parah...
isi berita penting..
APM 5 malam tadi menyaksikan CT masih lagi laku dengan kemenangan kategori lagu popular dan artis wanita popular..serta kris dayanti yang baru pulang dari menunaikan haji nampaknya semakin tegang mungkin botox yang terlalu banyak dan mukanya juga semakin menyerupai keluarga kucing dan singa..seram
Akibat kecanggihan yang telah wujud sekarang ini..kemudahan memo bertujuan memudahkan pelajar berinteraksi dengan pensyarah telah disalahgunakan..pagi tadi menyaksikan inbox memo sunet telah diisi dengan pengakuan seorang lelaki yang telah di dumbed oleh seorang pelajar perempuan (tipah: bukan nama sebenar) dari fakulti sunet...bijak betul..lelaki tersebut telah menggunakan account tipah dan dia bukan pelajar K*****. Memo dihantar kepada seluruh warga K***** dan segala hubungan luar dalam atas bawah warna warni koyak rabak telah diceritakan dengan detail..sunet dah dapat bayangkan betapa gamatnya hari isnin ni..sebab tipah adalah antara pelajar cemerlang dalam akedemik..memang body language dia memang koww...tak caya tanya en. Khai....hehhehe....student kesayangan dia tu...adakah ini kronfrantasi untuk menjatuhkan tipah..tak tahula...akibat kecewa kerana ditinggalkan..lelaki ini sanggup membuka pekung di dada..macam dalam ruangan luahan hati berita minggu tu..semoga perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin..
demikianlah sahaja berita untuk hari ini..cuaca hari ini diramal panas hingga ke petang..otai: memang sesuai jika anda ingin membasuh pakaian..membasuh pakaian juga adalah satu senaman yang bagus...kesimpulannya..jangan malas ye..bagaimana dengan anak- anak kucing tu...dah dapat rumah baru ke...
Posted at Saturday, February 19, 2005 by sunetcute
Permalink
Friday, February 18, 2005
hali ini hali jadi ayong lo...semoga bahagia di rantau orang...di beri kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah..
Posted at Friday, February 18, 2005 by sunetcute
Permalink
Thursday, February 17, 2005
otai..
oik..oik..oikk
miss u..
Posted at Thursday, February 17, 2005 by sunetcute
Permalink
Wednesday, February 16, 2005
saje je..pagi nih macam slow je..masuk kerja baca memo..takziah kepada dekan F**** kerana ayahnya yang tercinta telah kembali ke rahmatullah malam tadi..
baca pulak utusan pastu jumpa
Datuk Dr. Ahamad Sipon bukan pasal skandal atau saman malu tapi..bacalah sendiri..hehehheeh..quiz hari nih..ayah sape tu ye...
malam tadi tengok amazing race 6..terlambat lak sebab nak tgk minggu lepas dah balik kampung .. touching pulak tgk ending tu malam tadi..
otai..buat apa agaknya..rindu pada sunet tak..saje je...
Posted at Wednesday, February 16, 2005 by sunetcute
Permalink
Tuesday, February 15, 2005
hari ini hari jadi kakak tersayang..semoga menjadi ibu yang mithali, isteri dan anak yang solehah.....
Posted at Tuesday, February 15, 2005 by sunetcute
Permalink
Monday, February 14, 2005
hari ini hari jadi MOHD AMIRUL HAFIZ BIN MOHAMED yang ke-13..anak saudara sunet yang sulung...semoga menjadi anak yang soleh..
Posted at Monday, February 14, 2005 by sunetcute
Permalink